
Sulit
5 tahun
Simptom Kehamilan Macam Tidak Hamil
Doc sy ingin bertanya…dari awal kehamilah hi gga sekarang sudah 9weels sy langsung tiada rasa simptom seperti org menhandung… betul ke jika tiada simptom tersebut menyebab kan janin tidak berkembang? sy cuma ada alahan saja di peha gatal atal yg amat tidak tahan…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, antara gejala kehamilan ialah:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Namun, gejala yang paling penting untuk dialami ialah tidak datang haid dan gejala yang lain adalah bergantung mengikut hormon dan juga individu. Jika anda tidak mempunyai gejala lain seperti yang disebutkan, tidak bermaksud janin yang dikandungkan tidak sihat kerana ianya adalah mengikut individu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.