Sulit
4 tahun
Simptom kembali selepas tempoh kuarantin covid
hi doctor, saya seorang remaja pelajar sekolah menengah & tidak mempunyai penyakit kronik. saya telah positif dan hanya kuarantin dirumah kerana terdapat gejala ringan sahaja. saya juga dinasihatkan tidak perlu swab selepas habis 14 hari. saya juga sempat berasa sihat sepenuhnya. namun setelah seminggu saya didatangi dengan simptom2 baru seperti dada terasa menyucuk2, agak lemas tetapi tak sesak teruk, pening dan juga kebas. tetapi ia tidak teruk dan dalam sehari tu ia hanya datang secara berkala dan bukan semua sekali.
adakah ini yang dinamakan long covid seperti yang dinyatakan, akan ada gejala/kesan sampingan selepas dijangkiti covid walaupun sudah sembuh seperti ini minimum selama 1-3 bulan? dan adakah cara utk saya menanganinya atau mengurangkannya secara sedikit2 sehingga pulih? walaupun saya merasa tidak terlalu sakit namun jika “time” ia datang saya bimbang ia akan mengganggu rutin harian saya sebagai seorang pelajar. tq ye doctor.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, selsema, sakit tekak, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Saya menyarankan anda untuk melakukan ujian swab test untuk mengetahui keadaan sebenar diri anda. Sekiranya anda masih positif, anda dikehendaki untuk meneruskan kuarantin di rumah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































