
Sulit
5 tahun
Simptom masuk angin lepas balik dari luar negara
Salam dan hai.
Saya baru balik dari Thailand pada 15 Mac yang lepas. Selepas balik saya rasakan seperti saya ada simptom masuk angin semasa bernafas.
Adakah ini salah satu simptom Covid 19? Perlukah saya pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam dan hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, saya kurang faham mengenai simptom yang anda alami. Namun begitu, berikut merupakan gejala jangkitan coronavirus.
Sakit tekak
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Sebelum anda ke hospital untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini bertujuaan untuk mengurangkan kesesakan di hospital.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini