Sulit
4 tahun
Simptom ovid pada kanak2
Saya ingin tahu,apakah simptom2 cov 19 pada kanak2?adakah sama seperti org dewasa.
Dan benarkah golongan kanak2 sangat jarang diserang cov 19?jika ada pun hanya simptom ringan seperti demam,batuk dan selsema.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui simptom atau gejala COVID-19 di kalangan kanak-kanak. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, kes COVID-19 kanak-kanak amatlah sedikit berbanding dengan kes orang dewasa namun kanak-kanak boleh dijangkiti COVID-19 tetapi gejala yang dialami kebiasaannya ringan ataupun tidak bergejala.
Antara gejala-gejala yang biasa berlaku adalah:
- Demam
- Batuk
- Hidung tersumbat dan selsema
- Hilang deria rasa dan bau
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Cirit birit
- Loya atau muntah
- Sakit perut
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Kekurangan selera makan, terutamanya bayi bawah 1 tahun
Namun, kanak-kanak juga boleh mengalami gejala yang serius yang perlu dimasukkan hospital, menerima rawatan rapi dan ventilator untuk membantu bernafas.
Oleh itu, anda perlu berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami boleh memberikan bantuan lebih lanjut.
Jika anda mengesyaki seorang kanak-kanak yang mempunyai COVID anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan COVID
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































