
Sulit
4 tahun
Simptom pregnant atau tidak
saya 20, adakah saya boleh pregnant jika melakukan seks bersama suami saya sehari sebelum period datang, period saya juga stop pada hari ke-4, sebelum ni period saya lancar dan stop pada hari ke-7. Sejak period saya datang ni, bahagian rahim saya juga mula rasa sakit-sakit. period sebelum-sebelum ni tak pernah rasa sakit dibahagian rahim. selepas period saya stop, badan saya mula berasa lesu dan tekak berasa loya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda mengalami suatu tempoh pendarahan haid setelah melakukan hubungan seksual, anda berkemungkinan besar tidak mengandung. Namun jika anda menginginkan kepastian, anda boleh melakukan ujian kehamilan.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami haid yang sakit, antaranya:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (Pelvic inflammatory diseases)
- Stenosis serviks di mana bukaan pintu rahim terlalu kecil dan sempit dan menyebabkan darah berkumpul dan memberi tekanan pada rahim
Antara tanda-tanda lain yang boleh dilihat semasa senggugut adalah:
- Pening kepala
- Loya dan muntah
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya masalah haid anda mengganggu aktiviti harian anda dan keadaannya bertambah teruk.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!