
Sulit
4 tahun
Simptom yang dialami seperti berikut
Beberapa hari lepas saya membeli ubat di klinik setelah mengalami demam, sakit tekak, sakit sendi dan peluh yang banyak dan perut yang berbunyi. Doktor hanya berikan paracetamol dan ubat lozenge utk sakit tekak. Sekarang saya masih mengalami simptom yang sama tetapi slightly better than before, dan hari ini kurang berpeluh, perut masih berbunyi, cuma buang air besar, warna najis tidak normal, warna hijau kekuningan dan bentuk gumpalan tetapi jelas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perut berbunyi dan nama saintifik dikenali sebagai boborygmi. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat normal sekiranya anda tidak mempunyai gejala lain seperti sakit perut, sembelit, pedih ulu hati, dan sebagainya. Apabila ia berlaku secara sendiri tanpa gejala lain, ia bukanlah sesuatu yang anda perlu khuatiri. Namun, jika terdapat gejala lain, gejala yang anda alami boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- masalah usus besar seperti - gastrik, sembelit, keracunan makanan
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit, radang ovari
- Masalah saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
-Masalah saluran darah aorta - seperti aneurisma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.