
norazanymn
5 tahun
Simpton awal Kehamilan
Sy ingin bertanya. Selepas sy bersama suami, 2-3 hari berikutnya sy mengalami masalah kembung perut, pening, sakit pinggang dan loya… adakah ini simptom hamil atau sebaliknya…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am bagi masalah anda.
Secara amnya, tanda-tanda awal kehamilan mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda
Namun antara simptom-simptom awal kehamilan ialah:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih