
Sulit
4 tahun
Sindrom usus sensitif
hai doc,sy wanita berumur 20an,sy ad mngalami ibs( irittable bowel syndrome).sy nk tnya adkh ibs ni sy akn mngalami slmnya dlam khidupan sy,kerna sy ad dngr yg ibs ini tiada ubat,kena jaga pemakanan sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk makluman anda, irritable bowel syndrome atau IBS masalah yang berkait dengan usus besar. Gejala IBS yang sering dilaporkan adalah sakit perut, perut berangin atau kembung, cirit-birit, sembelit dan beberapa gejala lain.
Untuk menjawab persoalan anda, ia merupakan kondisi yang anda akan alami sepanjang hidup anda dan ianya tidak mempunyai penawar untuk masalah ini. Namun begitu, kondisi tersebut boleh dikawal dengan:
- Perubahan gaya hidup seperti bersenam, yoga dan mendapatkan rehat yang cukup
- Menjaga diet (pemakanan)
- Ubat-ubatan; hal ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor pakar kami. Terima kasih.