
Sulit
4 tahun
Sinus,hidung tersumbat runny nose
Saya suda setahun lebih mengalami sinus…di mana saya selalu bersin dan hidung kerap tersumbat pagi dan malam…saya ada mengambil ceritizen atau loratadine untuk melegakan alergik…berkesan…untuk hidung tersumbat pula,saya menggunakan oxynase dan iliadin NASAL DROP. Ada kah ia berbaya jika saya menggunankannya nasal drop dalam waktu yang lama? Jika berbahaya,apakah jenis ubat yg selamat untuk menghilangkan hidung tersumbat yang kerap

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sinusitis ataupun resdung yang anda alami. Untuk makluman anda, ubat nasal drop atau semburan hidung boleh membantu melegakan gejala resdung bagi masa yang singkat. Namun, bergantung kepada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang. Penggunaan yang berlebihan bagi ubat semburan hidung boleh menyebabkan “rebound effect”.
Terdapat beberapa rawatan bagi melegakan gejala sinus atau resdung, antaranya ialah:
- antihistamin : Fexofenadine (Allegra), Diphenhydramine (Benadryl), Desloratadine (Clarinex), Loratadine (Claritin), Levocetirizine (Xyzal), Cetirizine (Zyrtec)
- decongestant
- ubat titis mata dan semburan hidung
Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih