
Sulit
3 tahun
Sinus, hilang deria bau, rasa
Hidung saya sdh tersumbat melebihi 10 hari dan saya dapati dlm hidung saya ada bengkak kecil… Apa rawatan yg perlu saya lakukan dgn keadaan mcm ni? Nak klr jumpa doktor pakar takut plk sbb kobit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mengalami gejala hidung tersumbat dan bengkak kecil dalam hidung. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyerupai gejala anda. Antaranya adalah:
- Polip nasal
- Septum nasal beralih
- Benda asing dalam hidung
- Sinus kronik
- Kanser
Berdasarkan senarai di atas, ini hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan diagnosis atau rawatan tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.
Untuk pertanyaan lanjut, kami sarankan adar ia dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.