Sulit
4 tahun
Sinusitis infection
Helo doc…saya ingin bertanya sebelum ni saya ad berjumpa dengan doktor di klinik disebabkan sakit kepala dan ad timbul kelenjar di bahagian leher belakang telinga…dan doktor kata disebabkan tekak saya yang problem ad macam putih2…tetapi saya tidak berasa sakit,demam,hidung tersumbat…cuma saya sakit kepala dan sekarang doc di klinik tersebut sarankan saya makan antibiotik dulu…bila saya dalam proses makan antibiotik ni baru saya terasa hidung tersumbat…selsema sedikit dan tekak saya rasa x selesa apabila menelan…terasa ada lendir di bahagian tekak…dan saya memang ada keluarkan kahak pekat berwarna hijau…boleh saya tau adakah ini petanda sinus atau sebaliknya…sebab doktor tu ada cakap berkemungkinan kanser sebab tekak saya tidak merasa sakit tetapi putih2 tu ada…dan sekarang bengkak di kelenjar dekat bahagian leher saya sudah berkurang dan semakin mengecil…boleh saya tau secara detail apakah yang saya alami sekarang…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang sinus
- jangkitan kuman
- alahan rhinitis (Allergic rhinitis)
- jangkitan virus
- radang tonsil
- jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.