
Sulit
4 tahun
Skru plate menjadi senget
Assalamualaikum…hi…doctor…saya ada pertanyaan…pada bulan 10 thn lps saya excident dan saya telah dimasukkan plate di bahagian peha (cup) atas peha tu… Dan baru2 ni saya ada xtray…dn mendapati skru di plate sedikit senget disebb kn saya berjalan banyak dan menggunakan tongkat satu…ada kah ada effect pape pada kaki saya??
Dan macamna nk menagganinya supaya tiada papa yg serius berlaku…?
Harap doctor boleh bagi penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengganggu penyembuhan dan cantuman tulang anda. Untuk mengatasinya, anda dikehendaki untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dihadapi anda.
Antara komplikasi yang mungkin boleh didapati adalah:
- Cantuman tulang yang tidak sempurna
- Risiko untuk mendapat jangkitan tulang
- Sakit dan terdapat masalah untuk menanggung berat pada kaki tersebut
Jika anda memerlukan pandangan kedua, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.