
Sulit
5 tahun
Slesema dan batuk sehingga telinga sumbat
Saya batuk dan slesema hampir 2 minggu akibat batuk dan slesema sehingga berwana hijau likat telinga saya rasa tersumbat kiri dan kanan saya dah pergi klinik dokter di klinik beri ubat dah makan tapi tiada perubahan pon telinga masih rasa tersubat tidak dengar saya ke klinik kerjaan mereka suruh datang mnggu hadapan jika masih tidak elok baru refer ke ent hospital .
Saya dah cuba petua yang dokter tulis dalam blok tapi tiada perubahan apa2 patutkah saya terus pergi klinik ent tidak perlu tunggu untuk minggu hadapan dan apa punca telinga saya makin tersubat dokter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala telinga tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- flu
- alergi
- sinusitis (yaitu keradangan rongga tengkorak)
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lamanya, dan dapat menganggu rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Sekiranya masalah belum selesai dengan pengubatan biasa maka anda amat digalakkan untuk menemui doktor pakar ENT.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah satu struktur yang menyambungkan telinga dan kerongkong iaitu tiub Eustachian. Dengan ini, kemungkinan gejala yang anda hidapi boleh disebabkan oleh:
- Sumbatan oleh lendiran hingus dan kahak yang berlebihan daripada batuk dan selesema
- Otitis media (Jangkitan telinga)
Anda boleh mengikuti pesanan doktor untuk susulan rawatan pada minggu hadapan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda seperti sakit dalam telinga, kemerosotan pendengaran atau lendiran cecair daripada telinga, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.