
faizan1419
5 tahun
Slip disc atau sakit urat/sendi
Apakah tanda2 sekiranya seseorang itu mengalami slip disc? Bagaimana utk membezakan sama ada, tanda2 slip disc@sakit sendi biasa?
Kebiasaannya, apabila seseorang mengalami sakit sendi@tersalah urat terutama di bahagian pinggang berapakah tempoh ms utk pulih? Sekiranya bahagian yg kerap kali sakit berulang kali, hanyalah di bahagian kiri(pinggang hingga kaki kiri seperi lenguh di bahagian kaki, tidak dpt duduk dlm tempoh ms yg lama, sakit/lenguh di bahagian punggung apabila ddk telalu lama) apakah masalah yg dialami sebenarnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah “slipped disc” mempunyai simptom seperti:
- Sakit belakang dan sakit kaki
- Masalah kesukaran kencing atau buang air besar
- Kebas kaki atau jari kaki
Manakala sakit otot belakang pada kebiasaannya tidak akan mengganggu kaki dan bersifat setempat. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan seperti pemeriksaan belakang dan sensasi kaki adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.