
Sulit
4 tahun
Slipped disc di bahagian leher belakang badan
Saya berumur 55-an dan mempunyai masalah slipped disc.ianya menyebabkan kedua dua belah kaki saya tidak boleh berjalan.doktor yg merawat saya ada mengatakan bahawa jika saya di operasi, ada kemungkinan saya akan lumpuh seumur hidup. Bagaimana pendapat doktor,adakah patut saya menjalani pembedahan ataupun melakukan perbuatan secara tradisional terlebih dahulu. Setelah 3 bulan, saya di serang penyakit ulcer didalam perut pula. Boleh kah doktor mencadangkan makanan atau diet yang sesuai kepada saya kerana setiap kali saya makan, saya akan memuntahkannya kembali. Berat saya semakin susut dan menampakkan rangka badan akibat tidak boleh makan. Selain itu, saya juga di serang anxiety iaitu kerisauan melampau bahasa saya tiada harapan untuk berjalan lagi. Harap doktor dapat memberi nasihat dan tips kepada saya. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah dan beberpa gejala yang agak kritikal, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda memerlukan sesi konsultasi dan terapi yang lebih interaktif dan dua hala bagi meraih satu kata putus yang lebih memihak kepada situasi sebenar anda.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Terkait cervical slipped disc, umumnya ia boleh menyebabkan gejala seperti:
- mual muntah
- pitam
- kebas jari jemari
- kelemahan otot
- sakit yang menjalar pada persarafaan yang terkait slipped disc
- dan ketidakmampuan untuk menjalani hidup secara berdikari
Sifat gejala-gejala di atas adalah sangat tergantung kondisi dan tahap slipped disc yang berlaku. Oleh itu, saya sarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjutan bersama doktor pakar tulang, agar komplikasi yang lebih berat dapat dicegah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Neurosurgeon kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.