
Sulit
4 tahun
Soalan berhubungan dengan swab test
Kakak sya 27thn ,8hari lepas demam dan sudah buat swab test di hospital kerajaan tetapi keputusan masih belum kluar…adakah keputusan swab test kluar lebih dari 2,3 hari? Atau perlu buat swab test yg ke dua doctor…

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi jangkitan COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, hasil ujian swab COVID-19 memerlukan waktu sekitar 48 hingga 72 jam untuk ditemukan. Walau bagaimanapun akibat dari lonjakan kes baru-baru ini, ia berkemungkinan besar mengambil waktu yang lebih lama. Anda boleh cuba menghubungi hospital atau institusi yang melakukan ujian itu tempoh hari.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, utamakan SOP pandemik setiap waktu seperti kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda apabila ingin keluar dari ruang isolasi walaupun sekadar di rumah atau hanya sebentar.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.