
Sulit
5 tahun
Soalan saya sekiranya pekerja tingkat 2 telah disahkan positif covid-19, adakah pekerja di tingkat lantai bawah dan tingkat satu perlu menjalani kuarantin, saringan covid-19 dan boleh beroperasi seperti biasa?
Salam Sejahtera Dr. Syarikat saya mempunyai 3 tingkat bangunan, maka pihak pengurusan telah menetapkan laluan untuk setiap tingkat sempena musim COVID-19. Begitu juga dengan tandas dan surau yang disediakan bagi setiap tingkat yang dikhususkan untuk mereka yang berada di tingkat tersebut sahaja. Soalan saya sekiranya pekerja tingkat 2 telah disahkan positif covid-19, adakah pekerja di tingkat lantai bawah dan tingkat satu perlu menjalani kuarantin, saringan covid-19 dan boleh beroperasi seperti biasa?
Sekian, terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Definisi kontak rapat dalam kes coronavirus adalah apabila seseorang berhadapan selama 15 minit atau berada di dalam kawasan yang tertutup selama sekurang-kurangnya 2 jam bersama dengan individu yang telah sah dijangkiti virus ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini