
juzaili
5 tahun
SOP Self Quarantine 14 KKM (baru pulang dari luar negara)
Hi, apakah SOP yg disyorkan oleh KKM untuk Self Quarantine 14 (yg baru pulang dari luar negara, dll). Seperti contoh, adakah dibenarkan utk keluar (beli barang, etc). Bagaimana pengasingan bilik di rumah. Setakat ini saya belum ada terjumpa SOP yg betul-betul di syorkan oleh KKM sendiri.
Ramai yg saya lihat di media sosial, katanya dia sedang dlm self quarantine 14 days tapi boleh pula dia ke kedai beli barangan keperluan. Mungkin ramai yg tak tahu macam mana/apa yg boleh/tidak boleh semasa self quarantine 14 days. Sekian, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.
Kuarantin kendiri merupakan arahan daripada doktor setelah anda membuat ujian saringan. ANda akan diberi borang dan ‘checklist’ simptom untuk 2 minggu tersebut. Amalkan langkah–langkah berikut semasa anda diletak di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah:
• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
- Dilarang keluar dari rumah sepanjang kuarantin
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini