
Sulit
5 tahun
Spotting darah ketika period
Saya wanita berusia 28tahun dan sudah berkahwin dan pernah mengalami keguguran. Baru baru ni, period saya datang awal tiga hari tetapi tiada darah period yang normal keluar, yang keluar cuma sedikit sangat darah berwarna merah cerah seperti spotting dan period saya hanya selama tiga hari sahaja. Pada awalnya hanya keluar sedikit darah bersama lendir putih. Adakah itu normal bagi seorang wanita? Atau ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan berikutan masalah ini. Untuk makluman anda, tempoh haid yang normal adalah selama 2 hingga 8 hari. Justeru, tempoh haid anda selama 3 hari masih berada dalam batas normal.
Merujuk kepada keterangan anda tentang haid sedikit, sebetulnya penjelasan tersebut adalah subjektif memandangkan “sedikit” tidak menggambarkan kuantiti sebenar yang dimaksudkan. Apabila perdarahan dalam bentuk spotting, ia dapat timbul apabila:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Bagi mendapatkan info tambahan, silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.