
fadhlina_lai
5 tahun
Spotting ketika hamil
Saya mengandung 13 minggu.Ptg smlm saya perasan ada tompokan coklat di panty liner. Saya juga mengalami Sakit di bahagian dlm peha sejak awal kehamilan.
Hari ini, saya mengalami sakit pinggan dan terasa nyeri di bahagian bawah perut.
Adakah serius dan perlu ke doktor?.. terima kasih

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda menagalami sakit pinggan adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih