Sulit
3 tahun
Status kontak rapat saya dengan rakan sekerja dan apa saya perlu lakukan ntuk vaksin
Salam, Saya ingin bertanyakan soalan. Ada seorang rakan sekerja saya didapati positif covid 19 dan disahkan pada 23hb, saya tidak pernah berbual kurang dari semeter dengannya, dan sentiasa memakai pelitup muka. Pada 23hb saya telah menjalani ujian rt-pcr dan keputusan didapati negatif. Majikan mengarahkan kami supaya menjalani kuarantin yang masih tidak diketahui sehingga bila. Tapi saya ingin mengambil inisiatif untuk mengambil ujian swab di saringan komuniti yg dijalankan oleh kerajaan negeri pada 28hb ini, boleh atau tidak? Tarikh pengambilan vaksin saya adalah pada 30hb ini. Apa yang harus saya lakukan? Saya risau kerana saya hanya kuarantin diri saya dirumah dan tidak keluar namun saya berkongsi bilik dengan adik saya yang lain, rumah saya hanya memiliki satu tandas, dan ibu saya merupakan golongan berisiko tinggi apabila dijangkiti.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, jika anda adalah kontak rapat, anda digalakkan kuarantin selama 10 hari dan perlu melakukan ujian saringan pada hari terakhir kuarantin. Anda juga tidak digalakkan melakukan ujian saringan komuniti kerana bimbang jika anda adalah pesakit aymptomatic boleh menyebabkan jangkitan pada orang lain. Saya sarankan anda untuk menghubungi mySejahtera untuk mengubah tarikh temujanji vaksin kerana anda memerlukan ujian saringan kedua untuk memastikan anda tidak dijangkiti COVID-19. Buat masa ini, sila pantau gejala dan kesihatan anda, sekiranya keadaan semakin melarat, jangan lengahkan masa dan segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk bertanya tentang langkah seterusnya mengenai persoalan anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































