
Sulit
4 tahun
Stent di hempedu untuk pesakit batu karang
Mak saya berumur 70thn mengalami masalah batu karang di hempedu bulan oktober tahun lepas doktor telah masukkan stent sementara menunggu operation.Soalan saya berapa lama stent tu boleh bertahan di dalam hempedu sebab hospital maklum operation ditangguhkan sehingga tahun 2022 dan Apa risiko jika stent itu ada dalam hempedu untuk jangka masa yang lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi doktor pakar anda kerana beliau lebih memahami status kesihatan mak anda. Sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini kerana kekurangan maklumat. Dapatkan kepastian daripada fasiliti kesihatan yang merawat mak anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih