
Sulit
4 tahun
Stent terapi di jantung
Berapa lama tempoh masa pemasangan/pembedahan stent di jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda ianya bergantung dengan kaedah yang digunakan untuk memasang stent tersebut. Kebiasaannya stent akan dimasukkan dengan mengguanakan kaedah yang tidak invasif melalui imbasan angiogram. Bukaan kecil akan dibuat di pangkal paha atau lengan dan menggunakan kateter untuk memasukkan alat khas melalui saluran darah sehingga kawasan yang memerlukan stent. Secara amnya, prosedur ini mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda kerana beliau lebih tahu masa yang akan beliau ambil bagi melakukan prosedur tersebut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.