Sulit

3 tahun

Stress atau kemurungan

saya wanita berumur 29 tahun sudah berkahwin dan belum mempunyai zuriat…saya tidak tau sama ada saya mengalami stress atau kemurungan…saya dulu ialah seorang wanita yang selalu happy tetapi sejak berkahwin mentua saya selalu tanya mengenai zuriat menyebabkan saya selalu berfikir bila kah saya mampu memberi zuriat kepada suami saya…Dan setiap kali saya dengar perkataan zuriat saya cepat terasa menyebabkan baru-baru ini saya menjadi lebih pendiam, sakit hati dengan mentua saya…sampai ada masa nya saya ingin skali cuba bunuh diri dgn menelan panadol 10 biji…saya juga tidak mampu meluahkan kepada suami saya…setiap malam saya seperti ingin teriak tetapi saya hanya mampu menangis.dan berfikir mahu berpisah dgn suami saya…saya juga susah memaafkan kata2 mentua saya.suami saya juga pernah menyalahkan saya dan ingin menceraikan saya menyebabkan saya lebih mudah terasa bila dipersoalkan tentang zuriat…adakah saya sekarang mengalami stress atau kemurungan?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan penerangan anda, kelihatan seperti anda mengalami gangguan emosi. Masalah berkaitan dengan emosi adalah sesuatu perkara yang serius dan boleh menjejaskan kualiti kehidupan anda. Sekiranya ia tidak dirawat, ia boleh membahayakan diri anda. Anda juga memaklumkan bahawa anda pernah cuba membunuh diri. Ini bermakna gangguan emosi yang anda lalui berlaku secara berpanjangan dan harus dirawat dengan segera.

Masalah berkaitan emosi boleh berpunca daripada masalah kesihatan fizikal ataupun mental. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan gangguan emosi ialah :

  • Tekanan hidup
  • Masalah tiroid
  • Kekurangan vitamin dalam badan
  • Kemurungan
  • Keresahan

Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor psikiatri ataupun ahli terapi dengan kadar segera supaya anda boleh mendapatkan bantuan mengenai masalah anda. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh membahayakan diri anda. Anda boleh menghubungi talian di bawah untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Malaysian Mental Health Association

  • Any mental health issue
  • Qualified mental health professionals
  • Language: English, Malay, Chinese
  • Hotline: 03-27806803

MyCareCov19

  • For emotional support
  • Government established
  • Email: mycarecov19@islam.gov.my
  • Language; Malay
  • Hotline: 03-8870 519/7527/7528

Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)

  • Support group
  • Therapeutic assessment
  • Circle time and support programmes
  • Islamic spiritual therapy
  • Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345

Semoga anda tabah menghadapi cabaran ini. Sila dapatkan konsultasi bersama doktor pakar psikiari kami untuk bantuan lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri

ahmed-zayan-ABUWC-0a7_A-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)