Anonymous
3 tahun
Stress atau mungkin depressed
Saya stress dari hari sabtu 13/4 hingga hari ini kerana bapa saya memutuskan untuk tidak mahu mengahwinkan saya & dalam masa yang sama saya berasa ditekan, dipaksa, diprovok oleh beliau, adik lelaki saya dan pakcik saya. Bapa saya suruh saya membuat keputusan Ikut hati saya, kononnya beliau tidak memaksa tetapi nada suara beliau memaksa saya untuk bercakap disebalik keputusan yang saya ingin katakan. Beliau juga ada mengugut untuk menampar, lempang, sepak terajang saya hingga lunyai. Apa yang saya rasa sekarang, saya tidak mahu berjumpa langsung dengan beliau tetapi beliau ada menghantar Whatsap menghantar gambar2 seperti menyatakan yang saya anak derhaka dan sebagainya. Tolong saya doktor. Saya bertahan kerana mak saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membantu anda dalam perkara ini kerana ianya adalah masalah keluarga. Namun begitu, bagi menangani masalah stress yang anda hadapi, anda disarankan untuk berbincang dengan keluarga anda. Sekiranya anda dicederakan atau diugut, mungkin anda perlukan bantuan dari pihak yang lebih berkuasa seperti polis.
Anda disarankan untuk cuba bertenang sebelum melakukan sebarang tidakan. Jika perlu anda juga boleh bertemu dengan pakar kaunseling bagi membantu anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) jika anda ingin bercakap dengan doktor bagi nasihat lanjut tentang cara menangani stress anda. Terima kasih.


























