
Sulit
5 tahun
Stress Dan Sering Berkelakuan pelik Bila ada masalah
saya selalu bersikap tidak betul dan rasa ingin bunuh diri … Apabila saya rasa tidak tenang saya sering berkelakuan pelik dan tidak betul … saya selalu cedera kam diri saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bipolar mood disorder
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Adjustment disorder
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar psikiatri untuk penilaian penuh. Sekiranya anda perlukan seseorang untuk bercakap, anda boleh menghubungi Befrienders di 603-79568145. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.