
Sulit
3 tahun
Stress dan tekanan emosi
Saya perempuan berumur 13 tahun…
Sya sering marah,rimas,sedih dan gementar tanpa sebab…Saya selalu marah sesiapa sahaja tidak kira waktu…Saya selalu rimas dengan sesuatu keaadaan yang biasa…saya selalu menengking ibu bapa saya dan keluarga saya tanpa sebab dan memarahi mereka hasilnya saya akan di tengking balik kerana saya kurang ajar…Apa yang perlu saya lakukan…Setiap kali saya ingin jumpa doktor mak saya akan cakap" Kau tu bukan sakit pun mau jumpa doktor lah apa lah semua benda" Saya x blh buat apa"…Tolong saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Stress dan tekanan emosi
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut untuk menstabilkan masalah emosi yang dialami:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor