
Sulit
3 tahun
Stress menyebabkan haid terganggu?
Saya seorang perempuan berumur 27 tahun. Menghidap skizofrenia with depression dan sedang consume seroquel, sertraline, artane dan epilim sejak tahun 2019. Namun mengikut pengalaman saya ubat-ubatan tersebut tidak pernah menyebabkan haid saya terganggu.
Minggu lepas sampai sekarang saya mengalami stress yang agak melampau. Malam tadi je sy dah menangis kerana tidak tahan dgn tekanan yg semakin hebat.
Minggu lepas juga sy dapati ada beberapa kali, iaitu kira-kira 2 atau 3 hari sekali, saya dapati ada setitik darah keluar bersama cecair kekuningan. Namun ia berlaku sekejap sahaja iaitu kira-kira lepas solat subuh, macam pukul 7 macam tu. Tapi sy x anggap ia darah haid sebab macam lain je drpd kebiasaan saya. Mungkinkah ia darah penyakit?
Kalau ikut jadual haid saya, sepatutnya 2 hari lepas sy dah period. Tapi sampai sekarang sy xde period pun. Tanda2 nak period seperti senak di bhgn rahim pun takde. Ada pun sikit je tapi takde darah yang keluar. Adakah semua ni disebabkan stress melampau atau ada masalah lain yang sebenarnya berlaku pada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, perubahan period boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang, perubatan antipsikotik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri