
matju851025
6 tahun
Strok kecil@ darah tersumbat akibat kolestrol
Hai dr. Ayah sy mengalami strok kecil @ saluran darah tersumbat di kepala, sekarang doktor hanya memberi ubat pencair darah. Keadaan ayah sy sebelah tubuh iaitu bahagian kanan mengalami kebas2, start dari bhgian muka hingga kaki… Kalau berjalan kena pimpin. Adakah penggunaan terapi ceregem bersesuaian dengan nye

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, biasanya masalah kebas biasanya berkaitan dengan saraf. Namun begitu ia boleh juga disebabkan oleh masalah lain di kawasan sekitarnya yang menggangu saraf bahagian tersebut seperti masalah salur darah, otot dan juga tulang. Selain itu, penyakit ini juga boleh disebabkan oleh penyakit jantung.
Selain itu, untuk makluman pihak anda ceragem merupakan rawatan alternatif dan kesan sampingan selepas penggunaannya serta tempoh kesan ini lebih diketahui oleh pihak yang arif tentang rawatan ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.