
zuzanamaliki
3 tahun
Stump di pusat anak lelaki berusia 5 tahun
salam sejahtera doktor, anak saya lelaki, umur 5 tahun. masalah: ada baki stump di pusat nya dan sangat sensitif jika terkena kain atau tuala, dan akan berdarah. selalunya berair tapi tidak berbau. kami pernah beberapa kali mendapatkan nasihat doktor dan pembantu perubatan di klinik kesihatan berhampiran, mereka menerangkan kes ini jarang berlaku, namun tidak berbahaya. tapi disebabkan keadaan stump tersebut masih sama dari umur anak 5 bulan hingga sekarang, saya mohon untuk dapatkan nasihat doktor pula. terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk memberikan nasihat tentang keadaan stump anak puan, pihak kami memerlukan maklumat lanjut serta perlu melihat dan memeriksa keadaan stump tersebut. Oleh itu, puan disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini di klinik atau boleh bercakap dengan kami secara atas talian secara percuma dengan klik pada link ini (DoctorOnCall).
Terima kasih.