
Anonymous
6 tahun
Suami ada Masalah Kencing berdarah
Assalam… Suami sy berumur 30 tahun. Sejak akhir2 ni dia mengalami kencing berdarah dan ketika kencing terasa sakit. Sblm ni tak pernah berlaku tetapi dia kerap berasa sakit ketika membuang air kecil. Kami dh refer di emergency tetapi kaedah rwtn yg diberikan hy sekadar sachet air garam tu sahaja. Walaupun banyak kali kami ke sana tp rwtn yg sm diberikan. Sepatutnya kes ini perlu dirujuk di klinik atau hospital? Suami agak stres kerana dia xmahu rwtn yg sm juga diberikan tp tiada keberkesanan. Bahagian emergency nasihatkn untuk pergi ke klinik kerana di sana akn lebih mudah untuk mereka melihat sejarah kesihtn yg lalu sekiranya kerap datang akibat mslh yg sm… Betul ke begitu? Sbb kami beranggapan slip pendftrn yg diambil oleh petugas kesihatan itu akn disimpan sebagai rekod mereka. Tetapi pihak emergency katakan tidak disimpan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- Penggunaan ubat cair darah (seperti aspirin atau warfarin)
- Batu karang di buah pinggang
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)**
- Ejakulasi , selalunya disebabkan oleh masalah prostat (bagi lelaki)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih