
Sulit
3 tahun
Suami ketagihan ganja
Hye sye maya 23 thun…sye sudah berkwin…husb sye seorang yg ketagihan ganja yg tegar…bru2 ni husb cuba berhenti dri pengambilan ganja…sye sgt sokong dgn keputusan nya untk berhenti…tp husb jadi berubah…sgt pns baran…kurg selera mkn…kdg kami bergaduh sbb hal yg sgt remeh…saya mndi lama pn bole jdi punca pergaduhan kami…bila trlalu kerap bergaduh…sye jdi bosan dan putus asa pd hubgn ni..boleh kah doc share pdapat doc untk sye bntu husb dlm fasa pemulihan ini…saya sgt buntu…saya dahului dgn trme ksih…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami suami anda mempunyai ketagihan ganja dan telahpun cuba menghentikanya. Kini suami anda mengalami perubahan personaliti iaitu suami anda mudah marah dan kurang selera makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah suami anda boleh disebabkan oleh gejala ‘withdrawal’. Namun, masalah ini adalah buat sementara waktu. Anda boleh merujuk suami anda kepada doktor pakar psikiatri atau ahli terapi untuk membantu suami anda mengharungi masalah ini. Anda boleh menghubungi doktor pakar psikiatri kami untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri