
Sulit
4 tahun
Suami mati pucuk ada rawatan x untuk Penyakit suami sy
Hi doc,sy berumur 29 suami 26 tahun,saya Dan suami baru nak masuk 1tahun berkahwin Bln12 nnti.masalah skrg pd suami sy,dah nk setahun suami msih xblh tunai kn nafkah batin pda sy,suami sy ada masalah zakar dia x boleh tegang lama Dan cepat keluar air,sy dgn suami dah byk kali cuba tp tetap xblh xsmpai 5minit suami dah keluar air,suami juga ada masalah kencing dia perlu pakai tube untuk kencing mslh tu sbb dia excident teruk dulu Dan effect smpai skrg.mcm mn Doctor blh bntu suami sy ada x rawatan yg sesuai utk pulih kn keadaan suami sy.sy buntu Dan tertekan.klau xblh juga sy terpaksa berpisah.terima ksh Doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah psikologi atau kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk masalah ini, antara langkah am yang boleh anda dan suami anda lakukan adalah:
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mengubah gaya hidup
- Berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun ahli psikologi untuk berbincang mengenai masalah yang anda dan suami anda hadapi
- Suami: Menggunakan ubat; tetapi suami anda perlu dirujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ubat-ubatan ini memerlukan preskripsi doktor
- Mewujudkan suasana romantik dan sensual
- Berbincang dengan pasangan anda kerana perkara ini melibatkan komunikasi antara dua pihak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian, terima kasih.