
Sulit
5 tahun
Suami pesakit stroke
Doktor, suami saya adalah pesakit storke, dia kena stroke pada april 2019 akibat dari darah tinggi dan kolestrol. Berat badan dia ialah 150kg sebelum kena stroke.sekarang dia dah boleh jalan, tapi bukan cam biasa. Dia kerap complain yang dia x dapat fokus pada sesuatu dan bahagian kiri dia masih lemah. ada x apa apa cara yang boleh saya buat supaya dia boleh kembali cergas. dia mudah patah hati. tolong guide saya cara menjaga makanan dia, dan motivasi yang saya boleh berikan pada dia. adakah apa2 suplement boleh diberi untuk kuatkan tulang dah otak dia.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stroke adalah sejenis kerosakan otak yang terjadi akibat terhentinya aliran darah dan oksigen ke otak akibat adanya sumbatan ataupun akibat adanya saluran darah yang pecah. Apabila seseorang itu terkena stroke di satu sisi otak, bahagian tubuh yang dikontrol oleh otak tersebut (seperti suami anda dikiri) akan terkena kesannya. Ini menyebabkan pesakit hilang keupayaan motorik iaitu kebolehan untuk menggerakkan semua bahagian tubuh di sisi tersebut.
Harus diingatkan bahawa proses penyembuhan stroke tidak mengambil masa yang sekejap. Tergantung kepada tahap keparahan kerosakan yang terjadi, perbaikannya mengambil masa bertahun-tahun, minimum setahun. Justeru, nasihat saya adalah agar puan dan suami mematuhi arahan pengubatan daripada pihak hospital dan doktor seperti memakan ubat, jaga tekanan darah dan kandungan kolesterol serta rutin menghadiri sesi rehabilitasi seperti fisoterapi, terapi pekerjaan, terapi percakapan dan sebagainya. Dalam usaha mempercepat penyembuhan, terdapat pusat kesihatan yang menyediakan terapi secara intensif selama beberapa minggu.
Merujuk kepada pemakanan, sebetulnya ia haruslah tergantung kepada banyak hal seperti riwayat penyakit, diagnosis, berat badan awal, pekerjaan dan sebagainya. Berdasarkan data yang anda berikan iaitu kolesterol tinggi dan darah tinggi, adalah digalakkan untuk mengelakkan makanan berlemak dan berminyak seperti gorengan serta mengamalkan diet rendah garam tanpa MSG. Bagi membantu perbaikan fungsi otak, adalah digalakkan untuk mendapatkan diet yang seimbang iaitu yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang dianjurkan. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk ahli nutrisi bagi keterangan lanjut.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.