
sitihawajemaen90
2 tahun
Suami saya kadang2 ada tekanan darah tinggi,dia darah jenis b+ darah pekat,Berat badan obes,kadang2 tu sakit dada
Suami saya umur 30an,kadang2 dia skt kepala bila salah makan,tekanan darah tinggi,bile stress dan tak cukup rehat,suami saya ni berat badan tak seimbang tapi obes…ada masa tu dia sakit dada…betul ke bile ambil spurilina ni mengandungi vitamin k iaitu boleh kepekatan darah…bile kepekatan darah jantung tak boleh nak berfungsi dgn baik…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih