
Sulit
4 tahun
Suara kecil ataupun halus
Hi, saya lelaki dan berumur 23tahun,suara saya halus macam perempuan, apakah tindakkan yang perlu saya amil seupaya suara saya menjadi kasar/lebih besar? Adakah anda mempunyai cara seperti ambil ubat?

4 tahun
Selamat sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Berkenaan dengan suara halus yang anda terangkan, penilaian berkenaan dengan suara anda hendaklah dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui keseriusan dan ciri-ciri suara anda. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Keradangan pada kerongkong
- Kod vokal yang lemah
- Masalah saraf pada kod vokal
- Ketumbuhan pada kod vokal
- Variasi dalam suara
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar bedah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.