Sulit
21 bulan
Suara saya tidak garau
Saya lelaki berumur 21 tahun tetapi suara saya tidak garau serta merta , apakah masalah saya doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala suara tidak garau ini boleh disebabkan:
- Kesan ubat seperti ubat asma
- Radang peti suara - akibat batuk berpanjangan atau demam influenza
- Fisiologi - ketika menghadapi stres
- Penyakit tiroid
- Kurang minum air
- Granuloma pada peti suara - akibat tibi/sifilis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.