
Anonymous
5 tahun
Subchorionic hematoma
Saya berumur 27 tahun, mempunyai seorang anak, kini hamil anak kedua, kandungan baru berusia 6minggu, sejak seminggu lepas berlaku pendarahan, banyak seperti haid… 2-3 pads fully soaked dan masih ada hingga skrg… sy sgt risau dan pergi ke hospital. scan dan pakar o&g mendapati sy mempunyai subchorionic hematoma… pendarahan di bahagian dinding rahim… kantung bayi dan yolk sac masih ada…cuma katanya masih terlalu awal untuk mengetahui fetal viability sbb masih belum nampak jantung bayi… skrg sy risau kerana bleeding masih byk seperti haid dan tidak tahu mengenai status kandungan sy… adakah cara utk menghentikan pendarahan ini? Mengapa keadaan ini boleh berlaku ya? Bolehkah sy mencuba rawatan2 tradisional? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pihak kami amat bersimpati dengan keadaan yang menimpa anda. Untuk makluman anda, punca subchorionic hematoma atau mengapa ia berlaku adalah tidak diketahui sepenuhnya. Pendarahan ini adalah disebabkan placenta atau uri yang tercabut sedikit dari dinding rahim dan menyebabkan pendarahan.
Anda tidak disarankan untuk mencuba sebarang rawatan tradisional seperti berurut dan sebagainay kerana dikhuatiri boleh membahayakan nyawa anda dan juga bayi. Sebaiknya pergi ke hospital dan jika perlu anda akan dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Anda memerlukan rawatan kerana pendarahan yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi lain. Rujuk kepada doktor dengan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.