
cassie
6 tahun
Sudah 3 minggu sakit kepala sebelah kiri
Hi doktor sya berusia 24 tahun , sya ingin bertanya . Sekarang saya selalu sakit kepala sebelah kiri . Kepala saya jadi kebas . Sekarang sudah 3minggu kepala saya sakit . Bole doktor bagi penjelasan

6 tahun
Selamat sejahtera dan selamat pagi untuk anda. Sakit kepala dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit kepala jenis primer dan sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis primer akan mengakibatkan serangan migrain, sakit kepala jenis ketegangan dan juga sakit kepala jenis berkelompok. Sakit kepala jenis sekunder kebiaasaannya akan disebabkan oleh penyakit-penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam otak semakin tinggi.
Migrain adalah sakit kepala yang umumnya terjadi pada satu bahagian di kepala saja. Penyakit ini disebut lebih kerap terjadi pada wanita dibanding lelaku. Gejala awal serangan migrain biasanya akan muncul 1 sampai 2 hari sebelum serangan migrain, yang termasuk perubahan emosi secara tiba-tiba, mengidam makanan tertentu, leher terasa sakit, kerap dahaga, dan lebih senang menguap. Sebelum atau ketika serangan migrain, pesakit mungkin akan melihat cahaya dengan pantas dan penglihatan akan menjadi kabur.
Migrain juga berlaku dengan diiringi oleh rasa loya dan muntah. Kemerah-merahan pada permukaan kulit boleh juga terjadi. Tiada ujian yang khas untuk mengesan serangan migrain. Namun doktor akan bertanya tentang serangan migrain dan akan melakukan sedikit peperiksaan kepada anda. Doktor juga boleh melakukan ujian darah, CT scan dan juga pemeriksaan yang lain untuk mengenal pasti tiada suatu yang serius yang menyebabkan sakit kepala anda. Antara rawatan yang terdapat untuk melegakan sakit kepala migrain adalah:
Berehat dalam bilik yang gelap dan sunyi
Ubat NSAIDs
Ubat sumatriptan
Ubat ergotamine bagi pesakit yang muntah-muntah

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas persoalan anda.
Terdapat tiga jenis sakit kepala yang paling biasa antara golongan dewasa sekarang. Ia adalah migrain, sakit kepala disebabkan oleh ketegangan dan sakit kepala jenis kluster. Migrain adalah sakit kepala yang disebabkan oleh masalah saraf trigeminal dan sistem otak. Ia selalumya berlaku kerana terdapat pencetus dan ia adalah mustahak untuk mengelak pencetus yang boleh menyebabkan migrain. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom yang lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut.
Migrain boleh dirawat dengan ubat daraipada golongan triptans seperti sumatriptans. Kedua, sakit kepala yang disebabkan oleh ketengangan ataupun stres, ini adalah jenis yang paling biasa di kalangan orang dewasa dan remaja. Jenis sakit kepala ini boleh menyebabkan sakit ringan dan sederhana. Ia datang dan pergi dari masa ke masa. Mereka biasanya tidak mempunyai gejala lain.
Anda boleh merawat jenis sakit kepala ini dengan ubat NSAIDs seperti aspirin. Ketiga, sakit kepala kluster adalah sakit kepalayang paling teruk dan ia juga boleh menyebabkan kelopak mata menggelembung, mata merah dan lubang hidung di sebelah yang terkena menjadi tersumbat. Kadang-kadang sakit kepala kluster boleh menyebabkan seseorang pengsan disebabkan sakit yang keterlaluan. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan mengetahui mengenai keadaan anda supaya anda dapat merawat keadaan anda dengan berkesan.