
azliza4981
4 tahun
Sudah 7 hari pendarahan semasa hamil
saya wanita berumur 38 tahun,sekarang saya hamil masuk minggu ke 7,minggu ke 6 saya mengalami pendarahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami memerlukan kepastian samada pendarahan yang anda alami adalah banyak atau sedikit seperti spotting.
spotting adalah cecair coklat yang normal untuk berlaku pada awal implantasi.
Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, berketul, demam, sakit pinggang, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.