
Sulit
4 tahun
Sudah lama sembelit tapi tak boleh membuang dengan biasa. Perut saya sakit sangat
Hi. Sy tak tahu apa masalah tapi sejak sebulan lalu saya asyik merasa sembelit. Tapi bila membuang dia menjadi cirit birit. Saya selalu rasa benda yang sama sampai ke hari ini. Walaupun saya nak embuang, saya tetap rasa sakit dan twrpaksa teran yntuk buang air besar. Tapi masa membuang tu, perut sebelah kanan rasa sakit dan pedih. Bawah pun terasa pedih semacam dan sukar untuk saya membuang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit dimana anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Manakala masalah cirit-birit adalah apabila najis anda cair. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Keracunan makanan
Jangkitan virus seperti rotavirus
Kesan sampingan ubat-ubatan
Alahan kepada makanan
Radang usus
Kebiasaannya, sekiranya anda menglami masalah sembelit, tahi akan menjadi keras oleh kerana air telah banyak diserap sepanjang ia berada di dalam usus.
Namun, dalam kes anda, anda mengalami sembelit beserta cirit birit. Hal ini boleh berlaku dalam sembelit yang teruk sehingga ia boleh menyebabkan penyumbatan pada usus anda. Oleh kerana itu, usus mula mengeluarkan najis berair yang melalui antara penyumbatan dari bahagian atas usus. Kebocoran dari usus boleh ini kelihatan seperti cirit-birit. Ia dipanggil cirit-birit yang melimpah atau ‘overflow diarrhea’.
Namun begitu, keterangan di atas hanyalah jawapan am. PIhak kami tidak menolak keberangkalian masalah lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah sembelit adalah dengan:
- Banyakkan serat dalam pemakanan seperti buah-buahan dan sayur
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.