
Sulit
4 tahun
Suhu 37.7 sejak pagi
hai. saya lelaki berumur 22 tahun, saya ingin bertanya soalan kepada doktor tentang keadaan saya sekarang. pada semalam pagi kepala saya terasa pening yang tak berapa teruk, tapi pening tu buatkan saya tidak selesa. badan terasa tidak larat untuk bercakap atau berjalan sedangkan saya seorang yang aktif. pada pagi tadi pula saya berasa panas badan, terus saya check suhu badan menggunakan thermometer di tempat kerja. suhu badan saya ialah 37.6 pada waktu pagi dan pada tengahari pula ialah 37.7 sehingga sekarang. saya tidak dapat jawapan yang pasti ketika membuat carian di google. adakah saya mempunyai simptom covid-19? bantu saya doktor, terima kasih.

4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit kepala
( headache ). Antaranya ialah:
- Migraine: sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
- Tension headache: sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
- Cluster headache: sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.