
Sulit
4 tahun
Suhu badan baby berubah2 berlanjutan
Hai doc.
Anak saya umur baru 10bulan
Dah dekat seminggu badan anak kejap2 rasa hangat. Bila cek 37.1 lepastu kejap elok 36.8. Tak kira siang malam . Tp dia aktif. Makan macam biasa . Tidur pon okay. Tapak tangan dgn kaki selalu rasa panas. Hari ahad haritu baru perasan ada tumbuh sebatang gigi sbb dia mmg belum ada gigi. Sebab itu ke punca badan dia rasa dedor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami suhu yang tidak menentu, seperti:
- Demam viral (viral fever)
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Pertumbuhan gigi mungkin menyebabkan anak anda berasa tidak selesa disebabkan oleh gigi yang tumbuh menembusi gusi. Namun ia tidak akan menyebabkan kenaikan suhu berdasarkan satu gejala sahaja. Sekiranya suhu anak anda naik, ia mungkin disebabkan oleh perkara yang tidak berikaitan dengan pertumbuhan gigi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, kami tidak dapat memastikan punca sebenar mengapa anak anda mengalami suhu yang tidak menentu dan kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Kami sarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor segera kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius. Perhatikan gejala di bawah dan sila bawanya berjumpa dengan doktor segera sekiranya anak anda menunjukkan gejala yang disebutkan:
- Demam
- Nafas laju dan sukar untuk bernafas
- Kurang menyusu atau makan
- Kurang membuang air atau penukaran lampin kurang daripada biasa
- Muntah-muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.