
Sulit
3 tahun
Suka fikir bukan bukan
hai apa masalah saya ye sbb saya suka fikir benda bukan bukan . contoh kalau naik kereta saya fikir macam mana kalau ada orang langgar ke . pastu lagi satu saya suka buat sesuatu yang berisiko pdahal saya tahu benda tu dapat membahayakan. contoh saya drive lepastu saya nk jugak baca apa yg tulis kat billboard tepi highway padahal saya tahu saya kena focus kepada pemanduan . kalau saya tak tengok saya rasa tak puas kena jugak tengok . tapi bila dah tengok saya mesti paksa diri saya untuk tengok lagi even billboard tu dah jauh and saya tahu benda tu sangat sangat bahaya . its normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria dan sihat untuk kesihatan mental
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kaunseling disebabkan gejala yang dialami mengganggu kesihatan mental, aktiviti harian dan tidur anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.