
tuanrosma
5 tahun
Sukar bernafas dan terjaga ketika tidur
Doktor, sejak awal tahun 2020 sy sering di ganggu sukar bernafas seperti tiada nafas, bernafas pendek dan sy turut merasa sengau pada otot2. Ia sering berlaku pada setengah jam atau sejam selepas tidur membuatkan sy terjaga oleh kerana tidak boleh bernafas dan tidur saya sangat terganggu.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Bagi masalah sukar bernafas, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- anemia
- asma
- pneumonia
- COPD
- jangkitan virus influenza
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini