Sulit
4 tahun
Sukar mengawal rasa ingin kencing
Sy wanita berumur 39 tahun. Sy mengalami masalah tidak dapat mengawal kencing dan kencing agak kerap. Sy rasa mungkin masalah kelemahan pada pundi kencing memandangkan paras gula dalam darah saya adalah normal.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kerap kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Terlalu banyak minum air
- Masalah fibroid yang menekan pundi kencing
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.