
Sulit
4 tahun
Sukar tidur malam, kerap berfikir sampai stress & jantung berdegup laju
Assalammualaikum hi dr, sy amira umur 25 tahun. Sy mmpunyai masalah sukar tidur malam, sering fikir perkara yang bukan2, selalu rasa takut secara tiba-tiba. Tak dapat kawal emosi menangis tanpa sebab, selalu fikir tentang kematian semakin menghampiri. Bagaimana sy nk hilangkan semua perasaan tu dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom yang anda nyatakan ini boleh merujuk kepada pelbagai jenis masalah psikiatri. Kami memerlukan maklumat lanjut tentang simtom-simtom yang anda hadapi bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar psikiatri kerana mereka lebih mengetahui rawatan kepada masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.