
ruzailly93
3 tahun
Sukar untuk fokus bila melakukan sesuatu perkara
Saya lelaki berumur 28 tahun. Kebanyakan masa saya tidak dapat fokus dalam apa yang saya buat. Apabila sembahyang, fkiran cepat melayang. Membaca buku pula sekejap fokus sekejap mengelamun. Jadi bila nak belajar sesuatu yang baru agak sukar. Saya ada medical problem ke atau saya cuma perlu ubah gaya hidup

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesukaran tumpuan didefinisikan sebagai kurang keupayaan untuk fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Terdapat banyak masalah yang datang bersama dengan masalah tumpuan seperti sentiasa berjaga, pemikiran yang terganggu atau bimbang, melakukan aktiviti berlebihan, atau tidak menumpukan perhatian.
Antara yang anda boleh lakukan adalah:
- Elak input deria yang berterusan
- Elakkan melakukan pelbagai tugas dala satu masa
- Ambil masa untuk berehat sebentar
- Utamakan perkara yang penting terlebih dahulu
- Hadkan gangguan lain
- Cari tempat yang senyap untuk bekerja
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.