
Anonymous
5 tahun
Sukar untuk membuang air besar dan berakkan darah
Hi dr. Sy wilson umur 22th .skrng ni sy tngh alami sakit perut yg sngt teruk rasanya dan sukar untuk mmbuang air besar dan sllu berakkn darah .sy alami ni hmpir setahun sudah.tapi before ni tak seteruk ni …skrng ni hampir sebulan lebih sudah sy rasai ni perut sy sangt sakit dan dlm tmpoh sebulan lebih itu juga sy ssh nak buang air besar tapi sy kerap kali pergi tandas tapi lepastu sy bukan buang najis sebaliknya darah .slps one week bru tdi sy dpt buang air besar dan sy dapati najis sy tu hitam dan cmpur darah .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut serta najis berdarah yang anda alami dalam tempoh setahun ini boleh disebabkan:
- Penyakit Radang Usus
- Sembelit dan buasir
- Masalah pembekuan darah
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti demam, turun berat badan secara drastik dan lemah badan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.