
Sulit
4 tahun
Sukar untuk tenang, Sukar bernafas, sering marah dan tidak boleh mengawal diri
Saya berumur 17 tahun, saya mengalami depression yang sangat teruk saya sering berfikir utk bunuh diri. Saya tidak boleh mengawal perasaan saya… Saya juga mengalami insomnia, sukar utk tido… Atas saranan doc… Ubat apa yg patut saya ambil utk menenangkan diri saya dan utk sya boleh tidur… Kerana saya masih seorang pelajar… Saya perlukan ubat yg boleh mengawal apabila saya marah dan saya tidk boleh tido… Saya keseorangan… Saya harap doc boleh membantu sya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, sukar tidur dan sukar mengawal perasaan sememangnya merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan untuk menyesuaikan diri di situasi atau keadaan yang baru
- komplikasi berat dari gangguan tidur
- gangguan mental organik
- dll.
Pada hakikatnya, buat masa ini, anda haruslah mencuba untuk berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cuba mengambil kekuatan untuk berceritakan keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang terdekat atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Disamping itu berikut adalah beberapa tips, bagi membantu tabiat gejala tidur anda:
- elakkan dari tidur siang atau melakukan perkara yang menggangu kitaran tidur
- cuba melakukan eksesais yang ringan (seperti berjalan keluar kawasan rumah beberapa minit di waktu pagi atau petang)
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.